Rabu, 25 April 2018 | 3:16am

18 maut dalam serangan gereja di Nigeria

MAKURDI, Nigeria: Dua paderi antara 18 yang terbunuh dalam satu serangan terhadap sebuah gereja di tengah Nigeria, kata polis semalam.

Kira-kira 30 lelaki disyaki pengembala haiwan menyerang komuniti Mbalom di wilayah bergolak itu dengan membunuh pengikut dan dua paderi, kata ketua polis negeri Benue, Fatai Owoseni.

"Mereka menyerang satu upacara pengebumian dan sebuah gereja yang mengadakan perhimpunan.

"Kami menemui 18 mayat di lokasi serangan termasuk dua paderi," katanya.

Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari menggambarkan serangan itu sebagai tindakan `syaitan'.

"Serangan terbaru terhadap orang yang tidak bersalah ini sangat tidak boleh diterima," katanya. - AFP

Berita Harian X