Isnin, 28 Mei 2018 | 3:12pm
FOTO hiasan.

Ketua NYS ditangkap susulan kecurian dana AS$99j

NAIROBI: Pihak berkuasa Kenya menangkap ketua Perkhidmatan Belia Negara (NYS) sebagai sebahagian siasatan kecurian dana berjumlah AS$99 juta (RM493 juta), lapor media hari ini.

Di sebalik ikrar Presiden Uhuru Kenyatta untuk membasmi rasuah apabila dilantik buat kali pertama pada 2013, pengkritik berkata beliau bertindak lambat ke atas pegawai atasan, menambah cuma nama besar yang disabitkan akan memecahkan apa digelar sebagai budaya kekebalan.

Stesen televisyen swasta, Citizen Television dan K24 TV, melaporkan pegawai agensi belia, Richard Ndubai, ditangkap, bersama-sama beberapa pegawai lain.

Media Kenya melaporkan sejumlah AS$99 juta dicuri menerusi invois palsu dan pelbagai bayaran kepada satu pembekal invois, di NYS.

Laporan itu menaikkan kemarahan ramai rakyat Kenya, terutama ia berlaku susulan penipuan pada 2015 di agensi itu, yang bertujuan melengkapkan penduduk muda negara itu dengan kemahiran utama dan membantu mewujudkan pekerjaan.

Minggu lalu, penyiasat memanggil lebih 40 orang, termasuk Ndubai, untuk soal siasat berhubung kecurian dana itu.

Kenyatta menyalahkan kelembapan dalam menangani rasuah itu ke atas kelewatan agensi kerajaan yang ditugaskan menghapuskan gejala itu. - Reuters

Berita Harian X