Isnin, 28 Mei 2018 | 8:36pm

Derma keldai dianggap hina Burundi

NAIROBI: Kementerian Pertanian Burundi mengarahkan 10 ekor keldai yang didermakan menerusi pembiayaan Perancis kepada sebuah kampung dikuarantin selepas ia mencetuskan mesej terselindung di sebalik pemberian itu.

Haiwan itu, dibeli di Tanzania, diberi kepada penduduk di perkampungan wilayah Gitega sebagai sebahagian projek pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan bagi membantu wanita dan kanak-kanak mengangkut produk pertanian, air atau kayu-kayan.

Bagaimanapun, seorang penasihat presiden menyifatkan projek itu sebagai 'satu penghinaan kepada negara'.

Sementara itu, jurucakap kepada Presiden Senat, Gabby Bugaga, menulis di Twitter, Perancis 'menyamakan mereka dengan keldai'

"Secara jujur, adakah keldai sebagai simbol kualiti atau kelemahan?" tulisnya.

Keldai bukan haiwan berasal dari Burundi.

Semalam, menteri berkenaan, Deo Guide Rurema meminta seorang pentadbir tempatan untuk 'membantu mengeluarkan semua keldai yang didermakan tanpa menghormati prosedur teknikal pengagihan haiwan eksotik.'

-AFP

Berita Harian X