Isnin, 16 Julai 2018 | 5:58pm
YOUSSEF Chahed. - Foto AFP

PM Tunisia dinasihat lepas jawatan

TUNIS: Presiden Tunisia semalam menggesa Perdana Menteri, Youssef Chahed meletakkan jawatan atau memohon usul memastikan sokongan kepadanya ketika krisis ekonomi dan politik negara itu berterusan.

Malah, Presiden Beji Caid Essebsi menarik balik sokongannya kepada Chahed yang bergaduh dengan anak lelaki Presiden.

Anak lelaki Presiden, Hafedh Caid Essebsi, yang mengetuai parti pemerintah Nidaa Tounes, menggesa Chahed dipecat atas kegagalan kerajaannya memulihkan ekonomi.

Gesaannya mendapat sokongan kesatuan UGTT yang mempunyai pengaruh besar serta menolak pembaharuan ekonomi yang dicadangkan oleh Chahed.

"Ada perbezaan antara parti dan pertubuhan nasional mengenai kerajaan, antara kerajaan dan pihak penting seperti UGTT. Jika keadaan ini berterusan, Perdana Menteri mesti letak jawatan atau memohon sokongan Parlimen melalui usul mengesahkan keyakinan kepada beliau," katanya.

Chahed yang dilantik selepas penyandangnya melepaskan jawatan itu ketika negara berkenaan memerlukan bantuan ekonomi. - Reuters

Berita Harian X