Rabu, 15 Ogos 2018 | 8:51pm

22 pelajar mati lemas bot karam

KHARTOUM: Dua puluh dua pelajar mati lemas hari ini apabila bot dinaiki mereka karam di Nile, Sudan ketika dalam perjalanan ke sekolah, lapor media.

Seorang wanita turut maut apabila kapal berkenaan tenggelam kira-kira 750 kilometer ke utara Khartoum dengan lebih 40 pelajar di dalamnya, menurut laporan agensi berita SUNA. — AFP

Berita Harian X