Ahad, 23 September 2018 | 7:25pm

16 terbunuh serangan pemberontak di Republik Demokratik Congo

BENI: Sekurang-kurangnya 16 orang termasuk 12 orang awam dilaporkan terbunuh dalam serangan pemberontak di Beni, di timur Republik Demokratik Congo (DRC), menurut saksi kepada AFP hari ini.

Seorang doktor di sebuah hospital awam melaporkan melihat 16 mayat ‘termasuk 12 orang awam dan empat askar atau pemberontak’.

Dalam serangan lewat petang semalam, lapan orang cedera sementara lima daripadanya orang awam.

Daerah Beni berada di bawah kepungan Tentera Demokratik Bersekutu (ADF), pemberontak Islam yang dipercayai mengakibatkan ratusan orang awam terbunuh sejak empat tahun lalu.

Ketika ini, pekerja kemanusiaan ditempatkan di Beni yang terletak di utara wilayah Kivu, berhampiran Uganda sejak awal Ogos lalu bagi mengawal wabak Ebola yang baru menular di wilayah terbabit.

“Serangan mengejut itu berlaku di jalan raya bandar Beni,” kata seorang doktor kepada AFP. - AFP

Berita Harian X