Rabu, 17 Oktober 2018 | 1:57am
KEADAAN kereta api penumpang yang tergelincir di Bouknadel, Maghribi. - Foto EPA
KEADAAN kereta api penumpang yang tergelincir di Bouknadel, Maghribi. - Foto EPA
KEADAAN kereta api penumpang yang tergelincir di Bouknadel, Maghribi. - Foto EPA

7 maut kereta api tergelincir di Maghribi

RABAT: Sebuah kereta api penumpang tergelincir di ibu negara Maghribi, semalam, sehingga mengorbankan tujuh orang dan mencederakan 80 mangsa lain, kata pihak berkuasa.

“Malangnya, tujuh orang maut,” kata Pengarah Kesihatan Wilayah, Abdelmoula Boulamizat kepada agensi berita rasmi MAP.

Ketua syarikat kereta api nasional negara itu, Mohamed Rabie Khlie, sebelum ini, memaklumkan enam maut termasuk pemandu, pembantu beliau dan 86 mangsa lain cedera.

Menurut MAP, tujuh mangsa cedera serius dan sedang dirawat di hospital tentera di Rabat dengan empat daripada mereka dalam unit rawatan rapi (ICU).

“Siasatan terhadap punca nahas sudah dibuka,” menurut kenyataan ringkas syarikat kereta api nasional ONCF sambil berjanji lebih banyak maklumat akan dikongsi, jika ada.

Kemalangan itu berlaku kira-kura 20 kilometer di utara Rabat antara kawasan Kenitra dan Sale. - AFP

Berita Harian X