Ahad, 9 Disember 2018 | 8:57pm

7 pegawai kerajaan maut helikopter terhempas

KHARTOUM: Sekurang-kurangnya tujuh pegawai kerajaan tempatan terbunuh dalam kemalangan helikopter di negeri timur Sudan, al- Qadarif, hari ini, lapor agensi berita kerajaan SUNA.

Antara yang maut termasuk Gabenor negeri dan tiga pegawai keselamatan. Sejumlah mangsa lain turut cedera dalam insiden itu, kata SUNA.

Setakat ini, tidak jelas apa punca kemalangan. Terdahulu, stesen televisyen kerajaan melaporkan sebuah pesawat, bukan helikopter terhempas. - Reuters

Berita Harian X