Rabu, 6 March 2019 | 1:59am
LOKASI Kano yang diserang sekumpulan lelaki bersenjata di barat laut Nigeria. - Foto Agensi
LOKASI Kano yang diserang sekumpulan lelaki bersenjata di barat laut Nigeria. - Foto Agensi

Kumpulan lelaki bersenjata bunuh 30 penduduk di Nigeria

KANO: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjata yang menyerbu sebuah perkampungan di barat laut Nigeria, kata polis dan penduduk, hari ini.

Sekumpulan lelaki menunggang motosikal menyerang kampung Kware yang terletak di daerah Shinkafi pada malam kelmarin sebelum melepaskan tembakan dan membakar rumah penduduk.

“Saya boleh mengesahkan seramai 30 orang dibunuh sekumpulan penjahat yang melakukan serangan di Kware,” kata jurucakap polis daerah Zamfara, Mohammed Shehu memberitahu AFP.

Sementara itu, penduduk memberikan angka kematian yang tinggi iaitu seramai 34 orang di mana segelintir mereka masih hilang.

“Kami menemui 34 mayat selepas serangan itu dan ramai lagi penduduk yang masih hilang

“Mereka tiba kira-kira jam 4 petang dan melepaskan tembakan terhadap sesiapa yang dilihat mereka sebelum membakar kediaman,” kata penduduk, Alu Wadatau. - AFP

Berita Harian X