Isnin, 3 Jun 2019 | 6:41pm
SEBAHAGIAN penunjuk perasaan yang enggan berganjak dari ibu pejabat tentera. - Foto Reuters

TERKINI: Sembilan penunjuk perasaan maut di Sudan

KHARTOUM: Sekurang-kurangnya sembilan penunjuk perasaan maut ketika tentera Sudan cuba menyuraikan penunjuk perasaan yang enggan berganjak dari ibu pejabat tentera di sini, kata seorang ahli jawatankuasa kedoktoran Sudan.

Pasukan keselamatan yang dilengkapi senjata menaiki trak pick-up yang dipasang dengan mesingan dikerahkan ke seluruh ibu negara, sementara penunjuk perasaan membina sekatan sementara dan menutupi jalan raya.

Amerika Syarikat (AS) dan Britain menyeru supaya tindakan keganasan agar dihentikan ke atas penunjuk perasaan yang mahu jeneral menjadi dalang penggulingan Presiden Omar al-Bashir diserahkan ke pentadbiran awam.

Jawatankuasa Pusat Doktor Sudan berkata menerusi Facebook, angka korban pembunuhan beramai-ramai yang mati syahid meningkat kepada sembilan orang.

Katanya, sejumlah besar mangsa mengalami kecederaan parah dan menggesa ‘sokongan segera’ dari Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa dan pertubuhan kemanusiaan lain bagi membantu penunjuk perasaan yang cedera.

Sementara itu, majlis tentera menafikan beberapa laporan pihaknya melakukan keganasan bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang berada di ibu pejabat tentera. -AFP.

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X