Jumaat, 14 Jun 2019 | 4:05pm
BEKAS presiden Sudan, Omar Al-Bashir. - Foto Reuters
BEKAS presiden Sudan, Omar Al-Bashir. - Foto Reuters

Bashir didakwa dengan tuduhan rasuah

KHARTOUM: Bekas presiden Sudan, Omar Al-Bashir, didakwa dengan tuduhan rasuah, kata pegawai pendakwaan semalam, dua bulan selepas penyingkiran beliau.

“Tuduhan dikenakan terhadap bekas presiden berkaitan pemilikan mata wang asing dan memiliki kekayaan secara haram dan mencurigakan,” kata pegawai kepada agensi berita SUNA.

Pendakwaan antirasuah sudah melengkapkan siasatan dalam saman jenayah terhadap Bashir, kata agensi itu.

Pada 11 April lalu, tentera Sudan mengisytiharkan sudah menumbangkan dan menahan Bashir sebagai tindak balas kepada bantahan empat bulan terhadap pemerintahannya selama 30 tahun.

Selepas penyingkiran beliau, Bashir disiasat berhubung dakwaan pengubahan wang haram dan pemilikan haram sejumlah besar mata wang asing. — Agensi

Berita Harian X