Jumaat, 18 Oktober 2019 | 10:13pm
Banjir akibat hujan lebat berterusan selama lapan hari di timur laut Ghana menyebabkan 28 orang maut manakala lebih 600 hilang hilang tempat tinggal. -Foto Agensi

28 maut, banjir di Ghana

ACCRA: Banjir akibat hujan lebat berterusan selama lapan hari di timur laut Ghana menyebabkan 28 orang maut manakala ratusan lagi hilang tempat tinggal, kata pihak berkuasa hari ini.

“Ketika ini angka maut berjumlah 28 orang. Kira-kira 640 orang di enam perkampungan hilang tempat tinggal dan kami memberi mereka perlindungan sementara.

“Sebanyak 286 rumah musnah dalam bencana ini dan menjadikan kehidupan lebih sukar buat penduduk,” kata jurucakap Pertubuhan Pengurusan Bencana Nasional, George Ayisi.

Barangan bantuan dibawa sejauh 800 kilometer menerusi jalan raya dari ibu kota ini ke rantau terjejas di sempadan dengan Burkina Faso ketika pakar kaji cuaca memberi amaran, hujan mungkin berterusan sehingga November.

Setakat ini, 46 orang terbunuh akibat banjir di negara Afrika Barat itu, kata agensi bantuan bencana. -AFP

Berita Harian X