Jumaat, 1 November 2019 | 8:41pm
Polis di Nigeria berkata mereka menyelamatkan 15 orang yang dirantai di sebuah gereja di Lagos. - Foto Reuters

Polis Nigeria selamat 15 orang dirantai dalam gereja

LAGOS: Polis Nigeria menyelamatkan seramai 15 orang dalam keadaan dirantai dalam sebuah gereja di Ijegun, Lagos dalam serbuan terbaharu petang kelmarin.

Jurucakap polis Lagos, Bala Elkana berkata, pegawai penyiasat yang menyerbu menyerbu gereja yang digunakan sebagai kem tahanan berjaya menemui 15 lelaki dan perempuan berusia antara 19 dan 50 tahun yang dirantai kaki.

Elkana berkata, polis turut menahan paderi gereja terbabit, Sunday Joseph Ojo dan 10 individu lain.

Katanya, kesemua mangsa dibawa keluarga mereka ke gereja terbabit dengan tujuan merawat penyakit dan masalah mental.

“Paderi itu memberitahu mereka melakukan rawatan terbabit sejak 1986 dan merantai mangsa bagi mengelak mereka melarikan diri,” katanya.

Tambahnya, beberapa mangsa dikurung dalam gereja itu selama lima tahun dan kes masih dalam siasatan.-AFP.

Berita Harian X