Khamis, 14 November 2019 | 9:53am
Syarikat penerbangan South African Airways (SAA), semalam membatalkan penerbangannya apabila ribuan pekerja mahu meneruskan mogok. - Foto fail Reuters

Pekerja mogok, SAA batal penerbangan

JOHANNESBURG: Syarikat penerbangan South African Airways (SAA), semalam membatalkan penerbangannya apabila ribuan pekerja mahu meneruskan mogok esok, selepas syarikat bermasalah itu mengumumkan rancangan pemberhentian kakitangan besar-besaran.

Kira-kira 3,000 pekerja, termasuk kru kabin, kakitangan pemeriksaan masuk, penjualan tiket, teknikal dan pekerja pejabat, dijangka mengambil bahagian dalam mogok bermula esok, kata kesatuan sekerja.

Mogok itu memaksa SAA mengumumkan lewat malam bahawa ia membatalkan hampir semua penerbangan domestik, serantau dan antarabangsa yang dijadualkan pada Jumaat, 15 November dan Sabtu, 16 November.

“Objektif utama syarikat adalah untuk meminimumkan impak gangguan kepada pelanggan,” kata kenyataan.

Kesatuan, pada awalnya berikrar anggotanya akan meneruskan mogok.

Syarikat memberi amaran mogok itu akan melumpuhkan firma penerbangan itu.

“Kami memulakan ibu segala mogok,” kata presiden Persatuan Kru Kabin Afrika Selatan (SACCA), Zazi Nsibanyoni-Mugambi, kepada sidang akhbar di Johannesburg.

Sementara Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Metalworkers Afrika Selatan (NUMSA), Irvin Jim, berkata: “Kami membatalkan penerbangan pada Jumaat.”

Kesatuan mendesak jaminan keselamatan pekerjaan selama tiga tahun dan kenaikan gaji lapan peratus. — AFP

Berita Harian X