Selasa, 26 November 2019 | 5:09pm
FOTO hiasan.

13 anggota tentera Perancis maut nahas dua helikopter

PARIS: Tiga belas anggota pasukan anti pengganas Perancis maut di Mali selepas dua helikopter bertembung, dalam satu operasi di utara negara itu, kata Presiden Perancis, dalam satu kenyataan, hari ini.

Nahas berlaku petang semalam ketika mereka terbabit dalam operasi memerangi militan yang melancarkan siri serangan maut di utara Mali beberapa minggu lalu, kata Istana Elysee. — AFP

Berita Harian X