Selasa, 26 November 2019 | 9:48pm

19 maut akibat hujan dan tanah runtuh di Congo

KINSHASA: Sekurang-kurangnya 19 penduduk terbunuh di Republik Demokratik Congo selepas hujan lebat semalaman melanda bandar Kinshasa di sini, mengakibatkan sebahagian mangsa dihanyutkan tanah runtuh, kata seorang pegawai pentadbir hari ini.

Katanya, angka yang diberikan hanyalah anggaran awal kerana berkemungkinan jumlah korban akan meningkat.

“Setakat ini kami sudah menemui 19 atau mungkin 21 mayat dan akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat,” kata Naib Gabenor Kinshasa, Neron Mbungu kepada AFP. - AFP

Berita Harian X