Isnin, 2 Disember 2019 | 8:54am
Gambar fail, anggota keselamatan mengawal lokasi kejadian serangan di Ouagadougou, Burkina Faso. - Foto AFP

14 maut serangan ke atas gereja di Burkina Faso

OUAGADOUGOU: Sekurang-kurangnya 14 ditembak mati dalam serangan ke atas sebuah gereja di timur Burkina Faso pagi semalam, kata kerajaan.

Identiti penyerang belum diketahui dan butiran lanjut mengenai serangan belum dapat dipastikan.

Pasukan bersenjata Burkinabe merawat mangsa tercedera dan menggeledah kawasan itu, kata kerajaan dalam kenyataan.

Tahun ini, militan Islam mencetuskan ketegangan etnik dan agama di Burkina Faso, menjadikan sebahagian besar negara itu tidak dapat dikawal, terutama wilayah di utara yang bersempadan dengan Mali.

Serangan dilancarkan di kampung Hantoukoura berhampiran dengan sempadan Nigeri di wilayah Est, kawasan dikenali dengan ancaman penjenayah yang diserang tahun lalu oleh kumpulan militan ada kaitan dengan al-Qaeda dan Daesh.

Pada 6 November lalu, penyerang melepaskan tembakan ke arah konvoi bas membawa pekerja lombon di Est, menyebabkan 39 maut.

Jangka masa serangan terbaru mencerminkan serangan lain ke atas penduduk Kristian tahun lalu. — Reuters

Berita Harian X