Isnin, 2 Disember 2019 | 9:33am
Keadaan bangkai bas yang terbabas lalu menjunam ke dalam jurang menyebabkan 24 maut di Tunisia, semalam. - Foto EPA

24 maut kemalangan bas di Tunisia

TUNIS: Sekurang-kurangnya 24 maut dalam kemalangan bas ketika lawatan di pekan Amdoun di utara Tunisia semalam, kata Kementerian Kesihatan.

Bas berkenaan terbabas di jalan berliku apabila pemandu gagal mengawal kenderaan itu pada satu selekoh tajam dan menjunam ke dalam jurang.

Ia membawa 43 penumpang, kata pegawai.

Presiden Kais Saied dan Perdana Menteri Youssef Chahed melawat lokasi nahas di wilayah barat laut Tunisia, yang menarikan ramai pelancong tetapi memiliki infrastruktur teruk. — Reuters


Keadaan bangkai bas yang terbabas lalu menjunam ke dalam jurang di Tunisia, semalam. - Foto EPA

Berita Harian X