Khamis, 5 Disember 2019 | 10:26pm
Pasukan penyelamat membawa seorang penduduk yang berjaya diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh di Cibitoke, Burundi. Foto Agensi

26 maut tanah runtuh di Burundi

NAIROBI: Sekurang-kurangnya 26 maut dan tujuh lagi cedera, selain 10 penduduk dilaporkan masih hilang, dalam kejadian tanah runtuh di barat laut Burundi.

Seorang pegawai kerajaan tempatan wilayah Cibitoke berkata, kesemua mangsa tinggal di lereng bukit, yang runtuh akibat hujan lebat melanda kawasan terbabit kelmarin.

“Mereka (anggota penyelamat) masih menggali kawasan itu untuk mengeluarkan mangsa,” katanya kepada Reuters ketika dihubungi menerusi telefon.

Kementerian Keselamatan berkata, beberapa rumah dan ladang turut musnah akibat tanah runtuh berkenaan.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan. Reuters

Berita Harian X