Sabtu, 7 Disember 2019 | 7:11pm

7 anggota polis maut serangan militan

NAIROBI: Beberapa pegawai polis adalah antara lapan yang maut dalam serangan ke atas sebuah bas di timur laut Kenya yang dipercayai dilancarkan militan Shebaab, kata jurucakap presiden hari ini.

President Uhuru Kenyatta diberi taklimat mengenai pembunuhan kejam lapan orang, termasuk anggota polis dalam serangan militan di daerah Wajir.

“Kami kehilangan tujuh pegawai dalam serangan ke atas bas.

“Jumlah keseluruhan yang terbunuh adalah 10. Seorang daripada mereka dikenal pasti sebagai doktor,” kata sumber kanan polis.

Kenyataan polis yang disiarkan semalam tidak memberikan angka kematian, sekadar menyatakan bas diserang kira-kira jam 5.30 petang waktu tempatan.

“Pasukan keselamatan membunuh pembunuh,” kata jurucakap, menambah kerajaan tidak berundur dalam tindakan keras terhadap elemen penjenayah termasuk suspek pengganas. — AFP

Berita Harian X