Selasa, 11 Februari 2020 | 6:10pm
Keadaan trak yang dibakar oleh Bobo Haram. di negara timur Borno, Borno, Nigeria, semalam. - Foto AFP

30 terbunuh angkara Boko Haram di timur laut Nigeria

ABUJA: Sekurang-kurangnya 30 terbunuh di timur laut Nigeria semalam, disyaki diserang pengganas Boko Haram yang membakar beberapa trak penumpang.

Meskipun tiada pihak tampil bertanggungjawab, tragedi itu dikaitkan dengan pengganas Boko Haram di Afrika Barat (ISWA) yang sering kali mencetuskan serangan di kawasan itu, berdasarkan laporan saksi dan penduduk kepada Reuters.

Penumpang malang itu diserang selepas terkandas petang semalam ketika melalui pemeriksaan ketenteraan berikutan perintah berkurung di Auno, bandar kira-kira 24 kilometer dari ibu negara Mauduguri.

Mereka dilaporkan terbunuh dalam serangan kira-kira jam sembilan malam, kata saksi yang juga penduduk tempatan, Bunu Ali.

Menurut saksi lain, kumpulan pemberontak itu menembak penunggang motosikal, membakar 18 kenderaan dan menculik wanita serta kanak-kanak.

Panglima Tentera Nigeria berkata tenteranya menutup jalan pada jam tiga petang sambil mengesahkan angka kecederaan yang lebih kecil berikutan 10 mayat diuruskan pihak itu semalam.

Semalam, Presiden Muhammadu Buhari, dalam satu kenyataan, mengutuk serangan itu dan berkata lebih banyak peralatan ketenteraan akan diperoleh, sekali gus meningkatkan keupayaan menangani cabaran keselamatan semasa.

Borno yang menjadi sasaran serangan Boko Haram dan ISWA , dilaporkan bergolak akibat konflik sejak sedekad lalu, yang mana militan bertanggungjawab membunuh lebih 36,000 orang awam manakala sekitar dua juta lagi melarikan diri dari rantau itu.

Keganasan itu kini merebak ke negara berhampiran seperti Niger, Chad dan Cameroon, sekali gus mendorong penubuhan gabungan pasukan tentera bersekutu bagi menangani masalah pengganas itu. - REUTERS

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X