Rabu, 26 Februari 2020 | 8:06am
Algeria melaporkan kes pertama COVID-19 di negara itu, seorang warga Itali yang tiba di negara itu pada 17 Februari. - Foto AFP
Algeria melaporkan kes pertama COVID-19 di negara itu, seorang warga Itali yang tiba di negara itu pada 17 Februari. - Foto AFP

Algeria lapor kes pertama COVID-19

ALGIERS: Algeria melaporkan kes pertama COVID-19 di negara itu, seorang warga Itali yang tiba di negara itu pada 17 Februari.

"Satu kes disahkan positif untuk coronavirus (COVID-19), daripada dua kes yang disyaki (kedua-duanya) warganegara Itali," kata kementerian kesihatan negara Afrika Utara itu.

Televisyen negeri berkata, orang yang dijangkiti telah diletakkan secara berasingan, tanpa memberikan butiran lanjut.

Kementerian Kesihatan berkata ia telah memperkuatkan ‘sistem pemerhatian dan pemantauannya di semua tempat kemasukan’ ke Algeria. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X