Selasa, 3 March 2020 | 11:53am

Senegal catat kes pertama COVID-19

DAKAR (SENEGAL) : Senegal mengesahkan kes pertama coronavirus (COVID-19) semalam, membabitkan seorang rakyat Perancis yang melawat kampung halamannya bulan lalu, sebelum kembali semula ke negara Afrika Barat itu.

“Keputusan yang dijalankan oleh Institut Pasteur di Dakar menunjukkan beliau positif dijangkiti COVID-19.

“Setakat ini keadaan pesakit tidak membimbangkan,” kata Menteri Kesihatan Senegal, Diouf Sarr kepada wartawan.

Ini adalah kes kedua dikesan di negara sub Afrika selepas Nigeria, yang membabitkan seorang rakyat Itali.

Itali muncul sebagai kawasan panas di Eropah selepas mencatatkan hampir 1,700 kes, manakala Perancis disenaraikan sebagai negara ketiga terbanyak, dengan sekurang-kurangnya 130 kes. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X