Selasa, 7 April 2020 | 11:49pm
FOTO hiasan.
FOTO hiasan.

Serangan AS bunuh pemimpin Al-Shabaab

WASHINGTON: Serangan udara oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Somalia pada minggu lalu membunuh seorang ‘pemimpin kanan’ kumpulan militan Al-Shabaab, kata Jabatan Pertahanan AS, pada Selasa.

Serangan itu menyebabkan kematian tiga militan Shabaab, termasuk Yusuf Jiis, pemimpin ‘penting’ dalam organisasi jihad, yang sudah melakukan serangan maut menyasarkan kerajaan dan orang awam di Somalia beberapa tahun lalu.

Pusat Kawalan Afrika (AS), Jeneral Stephen Townsend, berkata Jiis ialah ‘pemimpin utama’ Al-Shabaab.

"Dia ganas, kejam, dan bertanggungjawab terhadap kehilangan banyak nyawa," kata Townsend dalam satu kenyataan.

Townsend berkata, serangan berlaku di sekitar Bush Madina, 135 batu (217 kilometer) ke barat Mogadishu dan dilakukan dengan kerjasama kerajaan Somalia. - AFP

Berita Harian X