Sabtu, 16 Mei 2020 | 8:33am
FOTO hiasan.
FOTO hiasan.

30 militan terbunuh dalam serangan tentera Mali

BAMAKO: Pasukan tentera Mali membunuh kira-kira 30 anggota militan dalam serangan keganasan terbaharu di Afrika Barat yang dilanda perang, kata tentera pada Jumaat.

Angkatan bersenjata negara itu menerusi ciapan di Twitternya, menyatakan bahawa mereka telah membunuh "kira-kira 30 pengganas" berhampiran sempadan negara jiran Burkina Faso, pada hari Khamis petang.

Katanya, mereka turut merampas kira-kira 25 motosikal dan juga peralatan lain, tanpa memberikan perincian lebih lanjut mengenai serangan itu.

Mali sedang berjuang untuk menahan pemberontakan Islam yang meletus pada 2012, dan sejak itu sudah meragut ribuan tentera dan orang awam.

Walaupun terdapat ribuan tentera Perancis dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), konflik itu sudah melanda di pusat negara itu dan merebak ke negara jiran Burkina Faso dan Niger. - AFP

Berita Harian X