Ahad, 17 Mei 2020 | 9:26pm

COVID-19: Madagascar catat kematian pertama

ANTANANARIVO: Madagascar hari ini mencatatkan kematian pertama akibat COVID-19 selepas hampir dua bulan negara itu dikesan mempunyai jangkitan pertamanya.

Kepulauan di Lautan Hindi yang setakat ini merekodkan 304 kes menjadi tumpuan berikutan Presidennya, Andry Rajoelina, mengatakan mempunyai tumbuhan herba, didakwa berkesan menyembuhkan pesakit virus berkenaan.

Susulan itu, beberapa negara Afrika menunjukkan minat dan mahu mendapatkan herba penawar itu yang dikenali, Organik COVID.

Minuman tonik diperbuat daripada tumbuhan dikenali artemisia, sejenis tumbuhan yang terbukti keberkesanannya dalam merawat malaria serta menjadi herba asli lain.

Bagaimanapun Pertubuhan Kesihatan Sedunia memberi amaran supaya tidak mengambil produk yang tidak pernah diuji secara klinikal untuk melihat keberkesanannya. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X