Jumaat, 5 Jun 2020 | 7:53pm

kumpulan bersenjata bunuh 21 mangsa di Nigeria

KANO: Kumpulan bersenjata membunuh sekurang-kurangnya 21 mangsa dalam serangan terbaru di perkampungan di timur laut Nigeria.

Jurucakap polis, Mohammed Shehu, berkata kumpulan yang mahu mencuri lembu itu menembak mati 15 orang dalam pertempuran dengan penduduk tempatan di enam perkampungan terpencil di Zamfara Selasa lalu.

"Lelaki bersenjata terbabit kembali pada hari berikutnya dan menembak mati enam lagi mangsa yang menghadiri upacara pengebumian mangsa yang dibunuh pada hari sebelumnya," katanya.

Timur laut Nigeria dilanda keganasan sejak bertahun lamanya akibat perebutan tanah antara masyarakat setempat, yang menyaksikan serangan kumpulan bersenjata dan serangan balas.

Keganasan yang semakin memuncak akibat pertambahan penduduk dan perubahan iklim itu menyaksikan kira-kira 8,000 orang dibunuh sejak 2011 dan 200,000 terpaksa melarikan meninggalkan rumah masing-masing.

Minggu lalu, berpuluh mangsa dibunuh apabila kumpulan bersenjata menyerang beberapa perkampungan di Sokoto.

Bulan lalu, tentera Nigeria berkata pihaknya melancarkan serangan udara bagi menghentikan serangan ganas itu.

Pihak berkuasa juga kerap melancarkan operasi keselamatan dan mengadakan rundingan damai tetapi masih gagal menghentikan pertumpahan darah. - AFP

Berita Harian X