Isnin, 29 Jun 2020 | 8:10pm

7 pesakit COVID-19 maut kebakaran di hospital Mesir

KAHERAH: Kebakaran di sebuah hospital di bandar Iskandariah, Mesir hari ini mengorbankan tujuh pesakit COVID-19, kata sumber keselamatan dan perubatan.

Tujuh yang lain cedera dalam kebakaran itu, dipercayai berpunca dari penghawa dingin yang tidak berfungsi di kawasan yang dikhususkan untuk pesakit COVID-19, kata sumber itu.

Anggota bomba berjaya memadamkan api supaya tidak merebak ke bangunan lain, sementara ambulans dihantar untuk memindahkan pesakit ke tempat lain, lapor akhbar kerajaan, Akhbar Al-Youm.

Mangsa meninggal dunia kerana sesak nafas dan termasuk kakitangan hospital yang cedera, menurut media tempatan, yang memaklumkan siasatan sudah pun dimulakan.

Mesir setakat ini mencatatkan 65,188 kes COVID-19 termasuk 2,789 kematian. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X