Jumaat, 8 September 2017 | 7:34am
Mahkamah Agung Amerika Syarikat.

Tafsiran umum larangan perjalanan Trump ditolak

NEW YORK: Sebuah mahkamah rayuan Amerika Syarikat (AS) semalam menolak usaha Presiden Donald Trump menguatkuasakan secara meluas sekatan perjalanan dan pelarian sementara terhadap rakyat dari negara Islam tertentu yang disifatkan presiden itu perlu untuk keselamatan negara.

Tiga panel hakim Mahkamah Rayuan Litar Kesembilan berkata, kerajaan tidak menjelaskan mengapa larangan perjalanan itu harus dikuatkuasakan terhadap datuk dan nenek, cucu, ibu saudara, bapa saudara, anak saudara perempuan dan lelaki serta sepupu dari enam negara itu.

Merujuk perkembangan terbaru perintah eksekutif kontroversi Presiden Trump, mahkamah turut mengatakan agensi penempatan semula pelarian mempunyai hubungan 'bona fide' dengan pelarian.

Mengikut standard hubungan 'bona fide' ditetapkan oleh Mahkamah Agung AS, ia seharus membenarkan mereka masuk ke AS. - Reuters

Berita Harian X