Jumaat, 15 September 2017 | 1:10am
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson pada sidang akhbar di Lancaster House, London. - Foto AFP

Keganasan ke atas Rohingya perlu dihentikan - AS

LONDON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson, mengutuk insiden keganasan terhadap penduduk Islam Rohingya di Myanmar sebagai "tidak boleh diterima" ketika ribuan pelarian terus menyeberangi sempadan menuju ke Bangladesh.

"Kita perlu menyokong Aung San Suu Kyi dan kepemimpinannya tetapi dan juga perlu jelas kepada perkongsian kuasa tentera dalam kerajaan bahawa ini tidak dapat diterima sama sekali.

"Keganasan ini perlu dihentikan. Penganiayaan ini perlu ditamatkan.

"Ia dianggap pelbagai pihak sebagai penghapusan etnik. Ini perlu dihentikan," katanya pada satu sidang media bersama rakan sejawatannya, Setiausaha Hal Ehwal Luar Britain, Boris Johnson, di sini.

Tindakan tentera Myanmar memaksa penduduk Rohingya lari menyelamatkan diri ke kawasan sempadan.

Kira-kira 389,000 pelarian Rohingya dianggarkan sudah menyeberangi sempadan ke Bangladesh. - AFP

1555 dibaca
Berita Harian X