Selasa, 19 September 2017 | 12:43am
DONALD Trump. - Foto REUTERS

Trump, Jinping setuju tingkat tekanan ke atas Pyongyang

NEW YORK (PBB): Rumah Putih, semalam mengumumkan bahawa Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan rakan sejawatannya, Presiden China, Xi Jinping menyatakan komitmen mereka untuk mempertingkatkan tekanan ke atas Korea Utara.

Persetujuan antara kedua-dua pemimpin itu dibuat di tengah-tengah krisis yang semakin memuncak berikutan program senjata balistik dan nuklear Pyongyang.

Menurut Rumah Putih, dalam perbualan telefon itu, Trump dan Jinping turut berbincang mengenai langkah Korea Utara yang terus bertindak menentang masyarakat antarabangsa, selain usahanya yang menjejaskan kestabilan di Asia Timur.

"Kedua-dua pemimpin ternyata komited untuk memaksimumkan tekanan ke atas Korea Utara menerusi pelbagai langkah penguatkuasaan menerusi resolusi Majlis Keselamatan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," kata Rumah Putih. - AFP

582 dibaca
Berita Harian X