Sabtu, 23 September 2017 | 6:59am
JALAN yang banjir selepas kawasan itu dilanda Taufan Maria di Puerto Rico. - Foto Reuters
JALAN yang banjir selepas kawasan itu dilanda Taufan Maria di Puerto Rico. - Foto Reuters
TAUFAN Maria memusnahkan rumah serta gangguan bekalan elektrik di Puerto Rico. - Foto Reuters
TAUFAN Maria memusnahkan rumah serta gangguan bekalan elektrik di Puerto Rico. - Foto Reuters

Maria badai Pulau Turks and Caicos, 25 mati

SAN JUAN: Taufan Maria membadai Pulau Turks and Caicos semalam, selepas menyebabkan banjir kilat di Puerto Rico dan memusnahkan rumah serta gangguan bekalan elektrik ketika melanda Caribbean.

Ribut meragut sekurang-kurangnya 25 nyawa di wilayah Amerika Syarikat itu dan kepulauan lain di Caribbean, menurut pegawai kerajaan dan media tempatan.

Jabatan Kaji Cuaca AS memberi amaran empangan di sungai Guajataca di barat laut Puerto Rico pecah, menyebabkan banjir kilat di kawasan itu.

"Keadaan amat bahaya. Bas digunakan untuk memindahkan penduduk di kawasan itu secepat mungkin," kata pegawai Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan di San Juan menerusi Twitter.

JALAN yang banjir selepas kawasan itu dilanda Taufan Maria di Puerto Rico. - Foto Reuters
JALAN yang banjir selepas kawasan itu dilanda Taufan Maria di Puerto Rico. - Foto Reuters

Maria adalah taufan kedua melanda Caribbean bulan ini dan paling kuat membadai Puerto Rico dalam masa hampir 90 tahun.

Ia menyebabkan gangguan bekalan elektrik di pulau itu dan beberapa sungai mencatatkan paras banjir.

Pegawai Puerto Rico, semalam berkata enam disahkan maut akibat ribut itu.

Laporan awal berita menyatakan 15 kematian dicatatkan di pulau itu. - Reuters

Berita Harian X