Ahad, 1 Oktober 2017 | 10:21am
SEORANG lelaki melihat barang yang bertaburan di dalam kedai selepas dilanda Taufan Maria di Salinas, Puerto Rico. - Foto Reuters
SEORANG lelaki melihat barang yang bertaburan di dalam kedai selepas dilanda Taufan Maria di Salinas, Puerto Rico. - Foto Reuters
RATUSAN penduduk di Arecibo, Puerto Rico beratur untuk membeli ais. - Foto AFP
RATUSAN penduduk di Arecibo, Puerto Rico beratur untuk membeli ais. - Foto AFP
PENDUDUK mendapatkan bekalan air bersih di tangki yang disediakan di Vega Baja, Puerto Rico. - Foto AFP
PENDUDUK mendapatkan bekalan air bersih di tangki yang disediakan di Vega Baja, Puerto Rico. - Foto AFP

Trump kata penduduk Puerto Rico manja

SAN JUAN: Presiden Donald Trump, semalam menyalahkan penduduk Puerto Rico kerana proses pemulihan lembap susulan Taufan Maria.

Trump menyuarakan demikian selepas pengkritik dan Datuk Bandar San Juan merungut tindak balas pentadbiran AS tidak mencukupi kepada wilayah itu.

Sebelas hari selepas ribut kuat itu menyebabkan bekalan elektrik, air dan komunikasi terputus, lebih separuh daripada 3.4 juta penduduk pulau berkenaan tidak mempunyai akses kepada air minum dan 95 peratus masih tidak menerima bekalan elektrik, menurut Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.

Maria, ribut paling kuat melanda Puerto Rico dalam masa hampir 90 tahun memusnahkan jalan raya, menyukarkan usaha menyampaikan bantuan dan menggerakkan peralatan berat diperlukan untuk memperbaiki kerosakan di seluruh pulau berkenaan.

TRUMP menyalahkan penduduk Puerto Rico kerana proses pemulihan lembap susulan Taufan Maria. - Foto EPA
TRUMP menyalahkan penduduk Puerto Rico kerana proses pemulihan lembap susulan Taufan Maria. - Foto EPA

Taufan itu mengorbankan sekurang-kurangnya 16 orang, menurut angka kematian rasmi.

Trump yang merancang melawat pulau itu Selasa ini, meluahkan kemarahan menerusi tweet dari kelab golf di New Jersey, menyasarkan Datuk Bandar San Juan, ibu negara dan bandar raya terbesar Puerto Rico.

DATUK Bandar San Juan, Carmen Yulin Cruz. - Foto Reuters
DATUK Bandar San Juan, Carmen Yulin Cruz. - Foto Reuters

Kelmarin, Carmen Yulin Cruz, mengkritik pentadbiran Trump dan merayu lebih banyak bantuan, rayuan yang mendapat liputan televisyen meluas di AS.

"Kepemimpinan teruk oleh Datuk Bandar San Juan dan lain-lain di Puerto Rico yang tidak mampu menggerakkan pekerja mereka untuk membantu.

"Mereka mahukan semua dilakukan untuk mereka sedangkan ia sepatutnya usaha komuniti," kata Trump yang selalu menjadikan Twitter untuk membalas apabila pentadbirannya berada dalam tekanan.

Beliau menuduh Cruz diberitahu oleh Demokrat supaya bertindak jahat terhadapnya dan menyalahkan media kerana tidak menunjukkan tugas menakjubkan dilakukan pihak yang bertindak balas. - Reuters

Berita Harian X