Khamis, 30 November 2017 | 7:34am
DONALD Trump.- Foto Reuters

AS minta China henti bekal minyak

NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meminta Presiden China, Xi Jinping menghentikan bekalan minyak kepada Korea Utara.

Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley berkata, Trump memberitahu pemimpin China itu sudah tiba masanya China menghentikan bekalan kepada Pyongyang.

"Trump menerusi perbualan telefon awal hari ini memberitahu kita sudah sampai kepada keadaan China perlu menghentikan bekalan minyak ke Korea Utara," kata Haley kepada Majlis Keselamatan PBB. - AFP

4896 dibaca
Berita Harian X