Sabtu, 6 Januari 2018 | 10:19pm
PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump.- Foto Reuters
PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump.- Foto Reuters

Trump dakwa dirinya seorang genius

LONDON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memuji dan menggambarkan dirinya sebagai 'tidak bijak tetapi genius ...dan seorang genius yang sangat stabil'.

Dalam beberapa kiriman tweet awal pagi Sabtu, Trump mengungkapkan demikian bagi mencabar penerbitan buku yang mempersoalkan kesihatan mentalnya.

"Sebenarnya sepanjang hayat ini, dua aset terbesar saya adalah kestabilan mental dan menjadi seorang yang pintar, benar-benar pintar," kata Trump di Twitter.

"Dari seorang ahli perniagaan yang sangat berjaya, saya menjadi bintang TV popular hingga kepada Presiden Amerika Syarikat hanya pada percubaan pertama. Saya fikir ia lebih layak dipanggil genius berbanding pintar ...dan seorang genius yang sangat stabil!"

Buku tulisan Michael Wolff 'Fire and Fury: Inside the Trump White House' terjual seperti pisang goreng panas sejak dilancarkan semalam.

Naskhah yang disifatkan Trump penuh dengan pembohongan, menggambarkan pentadbiran Rumah Putih yang kacau-bilau, seorang presiden yang tidak bersedia untuk memenangi kerusi itu pada 2016, dan pembantu Trump sendiri yang menghina kebolehannya. - Reuters

Berita Harian X