Selasa, 23 Januari 2018 | 6:47am
SENAT Amerika Syarikat akhirnya mencapai kata sepakat semalam untuk meluluskan rang undang-undang perbelanjaan sementara. - Foto AFP

Rang undang-undang perbelanjaan AS dilulus

WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat (AS) akhirnya mencapai kata sepakat untuk meluluskan rang undang-undang perbelanjaan sementara yang bertujuan menamatkan penutupan kerajaan selama tiga hari.

Langkah menyalurkan dana untuk operasi persekutuan sehingga 8 Februari depan, diluluskan dengan sokongan 81 undian berbalas 18.

Ia dicapai selepas Demokrat mendapat jaminan Republikan dalam menangani nasib ratusan ribu pendatang muda yang berdepan kemungkinan pengusiran menjelang awal Mac.

Langkah perbelanjaan itu kini akan dibawa ke Dewan Perwakilan.

Pemimpin Republikan yakin ia diluluskan dengan sokongan yang mencukupi, sebelum dihantar ke Rumah Putih untuk ditandatangani Presiden Donald Trump. - AFP

Berita Harian X