Khamis, 15 Februari 2018 | 8:05am

Lima tahanan juvana maut dalam rusuhan di Peru

LIMA: Lima tahanan di sebuah pusat juvana di Trujillo di utara Peru maut dalam kebakaran yang tercetus akibat rusuhan.

"Setakat ini, kami boleh mengesahkan bahawa lima tahanan maut. Kami masih berada di lokasi kejadian.

"Berlaku rusuhan di sini, dan beberapa tahanan membakar tilam di satu bahagian di dalam pusat tahanan ini, lalu menyebabkan kebakaran," kata pegawai polis, Helber Ordonez kepada AFP.

Bagaimanapun, tidak diketahui jumlah tahanan di Pusat Pemulihan dan Diagnosis Juvana di Trujillo itu yang terletak 500 kilometer di utara Lima.

Beberapa tahun lalu, pengarah pusat itu mendedahkan keadaan di pusat tahanan itu amat padat kerana ia dibina bagi menempatkan hanya 80 orang juvana. - AFP

218 dibaca
Berita Harian X