Khamis, 8 March 2018 | 11:03am
Foto hiasan

Florida lulus rang undang-undang larang beli senjata

MIAMI : Kerajaan tempatan meluluskan rang undang-undang kawalan senjata yang melarang individu berusia 21 tahun ke bawah dari membeli senjata api.

Serentak dengan itu, kerajaan turut membiayai program yang membenarkan sebilangan guru dan petugas di sekolah membawa senjata sebagai perlindungan.

Akta Keselamatan Sekolah Tinggi Awam Marjory Stoneman yang dinamakan sempena lokasi tragedi tembakan rambang sehingga meragut 17 nyawa bulan lalu diluluskan oleh Dewan Rakyat, sehari selepas mesyuarat senat.

Ia akan diserahkan kepada Gabenor Rick Scott untuk ditandatangani.

Wakil Republikan itu masih tidak memberi jawapan sama ada mahu menggunakan kuasa veto ke atas undang-undang berkenaan namun beliau sebelum ini membantah saranan Presiden Donald Trump untuk membenarkan guru-guru membawa senjata ke sekolah.

Debat mengenai kawalan senjata di Amerika ditimbulkan semula oleh mangsa yang terselamat dari insiden di Parkland itu yang turut melancarkan kempen 'Never Again' sehari selepas kejadian bagi menuntut tindakan kawalan senjata dikuatkuasa pada kadar segera.

Rang undang-undang berkenaan menaikkan usia minimum pembelian senjata kepada 21 tahun berbanding 18 tahun sebelum ini, satu tindakan yang mendapat bantahan Persatuan Rifel Nasional. - AFP

Berita Harian X