Jumaat, 9 March 2018 | 10:54am
KIM Jong Un (kanan) dan Donald Trump bersetuju berjumpa untuk memeterai perjanjian menyingkirkan senjata nuklear dari semenanjung Korea. - Foto AFP
KIM Jong Un (kanan) dan Donald Trump bersetuju berjumpa untuk memeterai perjanjian menyingkirkan senjata nuklear dari semenanjung Korea. - Foto AFP

Kim, Trump setuju jumpa

WASHINGTON: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bersetuju berjumpa untuk memeterai perjanjian menyingkirkan senjata nuklear dari Semenanjung Korea, kata pegawai Washington serta Seoul.

Penasihat Keselamatan Kebangsaan Korea Selatan, Chung Eui-yong yang berada di Washington selepas perbincangan di Pyongyang berkata: "Saya memaklumkan Trump, pada pertemuan itu Kim menyuarakan komitmennya untuk usaha menyahkan senjata nuklear.

"Kim berjanji Korea Utara akan mengelak melakukan ujian nuklear atau peluru berpandu lanjut. Dia memahami latihan tentera bersama antara AS dan Korea Selatan mesti diteruskan dan menyuarakan keinginan untuk menemui Trump secepat mungkin."

Sementara itu, pegawai di Seoul berkata, perbincangan akan diadakan sebelum hujung Mei manakala jurucakap Trump, Sarah Sanders turut mengesahkan pertemuan akan diadakan. - AFP

Berita Harian X