Rabu, 21 March 2018 | 4:02pm
KEMUSNAHAN akibat taufan Maria.
KEMUSNAHAN akibat taufan Maria.

Adiwira bantu mangsa taufan Maria

NEW YORK: Adiwira buku komik akan tiba menyelamatkan Puerto Rico yang dilanda taufan Maria, enam bulan lalu.

Adiwira seperti Batman Wonder, Women dan juga pahlawan wanita tempatan, iaitu La Borinquena.

Misi mereka ialah membantu membina semula wilayah kepulauan milik Amerika Syarikat yang musnah akibat dilanda taufan Maria.

Menurut pencipta adiwira La Borinquena dan penyelaras buku komik, Edgardo Miranda-Rodriguez, buku setebal 200 muka surat yang bertajuk 'Reminiscing & Rebuilding Puerto Rico' akan dilancarkan pada Mei depan di Puerto Rico Comic Con, di sini.

Semua hasil jualan akan diserahkan kepada mangsa di pulau itu, seperti bagi membiayai pembelian lampu suluh.

Difahamkan setakat hari ini, 30 peratus bekalan kuasa elektrik di kepulauan masih belum pulih.

"Semua ini adalah cerita adiwira tradisional. Tetapi mereka tidak melawan penjahat, malah akan membantu orang ramai di pulau itu dengan membawa makanan, minuman dan menyelamatkan haiwan," kata Miranda-Rodriguez.

Katanya lagi, beliau mendapatkan kebenaran DC Comics untuk menggunakan watak adiwira secara percuma.

Sementara itu, muka depan komik itu menampilkan imej La Borinquena dan Wonder Women sambil memegang bendera Puerto Rico. - AFP

Berita Harian X