Selasa, 15 Mei 2018 | 11:10am

Kecewa resolusi Asia Barat tidak dilaksana

NEW YORK: Dua pertiga negara anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) (UNSC) melahirkan 'kebimbangan mendalam' semalam berikutan satu resolusi pada 2016 yang menuntut Israel menamatkan pembinaan penempatan di tanah milik Palestin, tidak dilaksanakan.

Sepucuk surat kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres oleh 10 daripada 15 negara anggota majlis itu diserahkan sejajar dengan berdarah tunggal buat Palestin sejak 2014.

Tentera Israel menembak mati penunjuk perasaan Palestin di sempadan Gaza dengan angka maut ketika ini berjumlah 58 orang ketika pentadbiran Presiden Donald Trump membuka misi baharunya di Baitulmaqdis.

"Majlis Keselamatan perlu menyokong resolusinya dan memastikan ia bermakna, jika tidak, kami berisiko meruntuhkan kredibiliti sistem antarabangsa," tulis Bolivia, China, Ivory Coast, Equatorial Guinea, France, Kazakhstan, Kuwait, the Netherlands, Peru dan Sweden dalam surat dilihat Reuters.

Sebulan sebelum Trump mengambil alih jawatan pada Januari 2017, Majlis Keselamatan menerima satu resolusi menuntut pemberhentian pembinaan penempatan Israel, dengan 14 undi menyokong dan satu berkecuali oleh pentadbiran bekas Presiden Barack Obama. Trump mengecam resolusi itu dan menggesa AS menggunakan vetonya.

Wakil Asia Barat PBB, Nickolay Mladenov melaporkan kepada Majlis Keselamatan tahun lalu, Israel melanggar tuntutan menamatkan pembinaan penempatan itu, sementara kedua-dua pihak tidak mengendahkan gesaan menghentikan provokasi, menghasut dan retorik menaikkan kemarahan.

Penandatangan kepada surat itu berkata, mereka menulis 'untuk melahirkan kebimbangan mendalam berhubung ketiadaan pelaksanaan' resolusi berkenaan.

Semalam, 10 negara anggota Majlis Keselamatan juga meminta Guterres menghantar laporan suku tahunan terhadap pelaksanaan resolusi itu secara bertulis berbanding lisan.

"Ketika laporan lisan diminta untuk memberi alasan kukuh, ia seharusnya dikhaskan untuk situasi luar biasa," tulis anggota majlis.

Resolusi itu juga 'menekankan, ia tidak akan mengiktiraf sebarang perubahan kepada sempadan 4 Jun 1967 termasuk berkaitan Baitulmaqdis, selain dipersetujui pihak berkenaan menerusi rundingan.' -Reuters

Berita Harian X