Sabtu, 19 Mei 2018 | 2:01am
SEBUAH pesawat penumpang syarikat penerbangan kerajaan Cuba terhempas sebaik berlepas dari lapangan terbang Jose Marti di Havana.- Foto Express.Co
SEBUAH pesawat penumpang syarikat penerbangan kerajaan Cuba terhempas sebaik berlepas dari lapangan terbang Jose Marti di Havana.- Foto Express.Co

Pesawat 104 penumpang terhempas di Cuba

HAVANA: Sebuah pesawat penumpang syarikat penerbangan kerajaan Cuba yang membawa 104 penumpang terhempas sebaik berlepas dari lapangan terbang Jose Marti di Havana, hari ini.

Menurut laporan agensi Prensa Latina, pesawat Boeing 737 yang dikendalikan syarikat Cubana de Aviacion terhempas berhampiran lapangan terbang antarabangsa.

Sumber daripada lapangan terbang berkata, pesawat itu dalam penerbangan dari ibu negara ke bandar raya Holguin, timur Cuba.

Saksi memberitahu AFP bahawa kepulan asap tebal dapat dilihat di lokasi nahas. - AFP

Berita Harian X