Isnin, 4 Jun 2018 | 10:58pm
GAMBAR fail, bekas Presiden Bill Clinton terharu ketika anaknya, Chelsea Clinton memperkenalkan ibunya, Presiden Demokrat Hillary Clinton, pada hari keempat Konvensyen Demokratik Nasional di Pusat Wells Fargo, Philadelphia diambil pada 27 Julai 2016. - Foto AFP

Tidak perlu mohon maaf secara peribadi - Bill Clinton

WASHINGTON: Bekas Presiden Bill Clinton memberitahu beliau tidak pernah bercakap dengan Monica Lewinsky sejak pendedahan hubungan sulit mereka dan berasa tidak perlu meminta maaf secara peribadi kepada wanita itu buat masa sekarang.

Dalam temubual dengan program 'Today' terbitan NBC, Clinton, 71, juga diminta memberikan pandangan mengenai gerakan #MeToo.

Bekas presiden itu sedang dalam rangka lawatan mempromosikan buku barunya, 'The President Is Missing', yang ditulis bersama dengan penulis terkenal, James Patterson.

Namun, tempoh beliau berada di Rumah Putih terutama hubungan sulitnya dengan Lewinsky, menjadi tumpuan.

"Saya meminta maaf kepada semua orang dalam dunia. Saya tidak bercakap dengannya. Saya tidak pernah bercakap dengannya," kata Clinton ketika ditanya sama ada beliau meminta maaf kepada Lewinsky kerana hubungan sulit dengan bekas pelatih Rumah Putih yang berusia 22 tahun ketika itu.

Ditanya sama ada beliau berasa perlu meminta maaf secara peribadi kepada Lewinsk, Clinton berkata tidak perlu.

"Saya pernah meminta maaf secara terbuka lebih daripada sekali.

"Itu amat berbeza. Permohonan maaf itu secara terbuka," katanya. - AFP

Berita Harian X