Rabu, 26 September 2018 | 1:51am
Pelawak terkenal Bill Cosby (kanan) tiba di Bangunan Mahkamah Daerah Montgomery di Norristown, Pennsylvania, Amerika Syarikat. - Foto EPA
Pelawak terkenal Bill Cosby (kanan) tiba di Bangunan Mahkamah Daerah Montgomery di Norristown, Pennsylvania, Amerika Syarikat. - Foto EPA

Mahkamah isytihar Bill Cosby 'pemangsa seks ganas'

NORRISTOWN: Pelawak terkenal Bill Cosby diisytiharkan sebagai ‘pemangsa seks ganas’ di bawah undang-undang Pennsylvania, semalam, ketika perbicaraan hukuman bagi sabitan kes serangan seks beliau.

Gelaran itu diberikan, ketika Cosby, 81, menunggu kemungkinan hukuman penjara kerana memberikan ubat khayal dan melakukan serangan seks terhadap rakannya, Andrea Constand pada 2004.

Hakim mahkamah di daerah Montgomery, Steven O’Neill membuat keputusan itu, ketika membacakan hukuman penghibur terbabit, semalam.

Keputusan beliau menggelar Cosby sebagai pemangsa bermakna bintang yang dulunya disukai dengan panggilan ‘Bapa Amerika’ itu perlu menjalani kaunseling bulanan dan mendaftar sebagai pesalah seks dengan polis untuk sepanjang hayat.

Semua jiran dan sekolah akan dimaklumkan mengenai alamat dan jenayah pernah dilakukannya. - Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X