Selasa, 20 November 2018 | 10:43am
ANGGOTA polis di luar Hospital Mercy, di Chicago. - Foto AP

5 maut, tiga cedera dalam dua kes tembakan

CHICAGO: Lima maut manakala tiga lagi cedera dalam dua kejadian tembakan di Chicago dan Denver semalam.

Dalam kes tembakan di hospital di Chicago, empat maut termasuk seorang pegawai polis dan penyerang.

Penyerang memulakan tembakan di tempat letak kenderaan di luar hospital sebelum menyerbu masuk ke lobi kemudahan itu dan melepaskan tembakan di situ, kata saksi kepada stesen televisyen tempatan.

Pegawai polis, Samuel Jiminez, meninggal dunia dalam serangan itu, kata jurucakap polis di Twitter.

PEGAWAI polis, Samuel Jiminez maut dalam kes tembakan di hospital di Chicago. - Ihsan Twitter

Penembak juga maut, kata Jabatan Bomba Chicago. Penyiasat di Pejabat Pemeriksa Perubatan Daerah Cook kemudian berkata dua lagi turut terbunuh dalam serangan itu.

Sementara di Denver, kes tembakan menyebabkan seorang maut dan tiga lagi dimasukkan ke hospital kerana cedera terkena tembakan.

Pihak berkuasa mencari sekurang-kurangnya seorang lagi suspek yang masih bebas, kata jurucakap polis.

Tiga mangsa yang cedera pada awalnya dikatakan berada dalam keadaan kritikal tetapi polis kemudian memberitahu kecederaan dialami tidak mengancam nyawa. — Reuters

Berita Harian X