Khamis, 6 Disember 2018 | 12:32pm
DUTA Arab Saudi ke Amerika Syarikat, Putera Khalid bin Salman. - Foto AFP

Duta Arab Saudi kembali bertugas di Washington

WASHINGTON: Duta Arab Saudi ke Amerika Syarikat, Putera Khalid bin Salman dilaporkan sudah kembali ke Washington selepas meninggalkan ibu negara Amerika Syarikat itu, Oktober lalu, susulan kes pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi.

“Duta (Arab Saudi) sudah berada di Washington,” kata jurucakap kedutaan, Fatimah Baeshen kepada AFP.

Diplomat itu dilaporkan pulang ke Riyadh pada awal Oktober lalu berikutan insiden pembunuhan Jamal, iaitu warga Arab Saudi di dalam bangunan konsulat negara itu di Istanbul.

Ketika itu, Jabatan Negara Amerika Syarikat, berkata agensi itu akan bertemu dengan beliau bagi mendapatkan maklumat berhubung kejadian itu, sebaik sahaja putera itu kembali ke Washington.

Duta itu adalah adik kepada Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman. - AFP

Berita Harian X