Jumaat, 14 Disember 2018 | 7:57am
SAMUEL Little. - Foto AFP

Pembunuh bersiri akui bunuh lebih 40 mangsa

CHICAGO: Pasukan penyiasat mengesahkan gelandangan berusia 78 tahun, bertanggungjawab ke atas lebih 40 pembunuhan, sekali gus menjadikan beliau sebagai pembunuh bersiri paling produktif dalam sejarah Amerika Syarikat.

Menurut Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Samuel Little sudah mengaku bertanggungjawab terhadap 90 pembunuhan yang didakwa dilakukan antara 1970 hingga 2005.

Kebanyakan pembunuhan itu menyasar mangsa penagih dadah dan pelacur di seluruh negara itu.

Pendakwa Raya Daerah Ector County, Texas, Booby Bland, berkata mereka berjaya memperoleh sekurang-kurangnya enam pengakuan daripada Little, dalam tempoh dua minggu lalu.

Ia menjadikan jumlah pembunuhan yang sah dilakukan oleh Little kepada lebih 40 kes.

“Beliau sering bercakap mengenai pelbagai perkara, kes yang berlaku lebih 50 tahun lalu dan beliau sering bercerita mengenai beberapa pembunuhan.

“Pemeriksaan mendapati maklumat yang diberikannya adalah benar,” kata Bland kepada AFP. - AFP

Berita Harian X