Sabtu, 5 Januari 2019 | 10:26am
ANGGOTA polis mengawal lokasi kejadian letupan di sebuah perhentian bas di Chile. - Foto EPA
ANGGOTA polis mengawal lokasi kejadian letupan di sebuah perhentian bas di Chile. - Foto EPA

5 cedera bom meletup di perhentian bas

SANTIAGO: Lima cedera selepas satu bungkusan mengandungi peranti letupan meletup di sebuah perhentian bas di tengah bandar raya ini, dipercayai dilakukan oleh pengganas.

Menurut pihak berkuasa, satu pasangan warga Venezuela dimasukkan ke hospital selepas cedera pada bahagian muka dan kaki, ketika mengendalikan bungkusan berkenaan di sebuah perhentian bas di lebuh Vicuna Mackenna.

Kumpulan militan alam sekitar dalam laman web mereka, mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian itu.

Dua tahun lalu, kumpulan sama mengaku bertanggungjawab ke atas serangan bom yang mencederakan ketua syarikat perlombongan tembaga milik negara, iaitu Codelco.

Menteri Dalam Negeri, Andres Chadwick, berkata polis sedang menyiasat serangan yang disifatkan sebagai jenayah pengganas, dan beberapa kumpulan yang mendakwa bertanggungjawab terhadap insiden itu.

“Ia adalah satu jenayah yang serius,” kata Chadwick kepada pemberita selepas melawat mangsa yang cedera di hospital.

Sementara itu, pegawai kanan kesihatan, Luis Castillo, berkata kecederaan yang dialami mangsa tidak membimbangkan.

“Mangsa warga Venezuela akan terus dirawat di hospital, sementara suaminya sudah dibenarkan keluar,” katanya. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X