Jumaat, 11 Januari 2019 | 7:37am
Orang ramai mengadakan perhimpunan bagi membantah penutupan sebahagian operasi Kerajaan Persekutuan di Washington, semalam. Foto AFP

Dewan Perwakilan lulus dana, agensi kerajaan bakal beroperasi semula

WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat meluluskan dua rang undang-undang bagi membolehkan jabatan pertanian, pengangkutan dan beberapa lagi agensi beroperasi semula selepas ditutup selama hampir tiga minggu.

Kelmarin, dewan itu yang dikuasai wakil dari parti Demokrat meluluskan rang undang-undang supaya Jabatan Perbendaharaan dan Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri dalam beroperasi semula.

Bagaimanapun, Dewan Senat yang dikuasai wakil dari parti Republikan dikatakan enggan meluluskan rang undang-undang itu.

Ketika ini, satu perempat daripada operasi pentadbiran Kerajaan Amerika Syarikat masih ditutup, menyebabkan kira-kira 800,000 kakitangan persekutuan bekerja tanpa gaji, berikutan pertikaian mengenai dana pembinaan tembok di sempadan Mexico yang dicadangkan oleh Presiden Donald Trump. - Reuters

Berita Harian X