Selasa, 29 Januari 2019 | 7:36pm
ANGGOTA keselamatan menahan penunjuk perasaan di Caracas, Venezuela. - Foto Reuters

40 maut, 850 ditahan semasa keganasan di Venezuela

GENEVA: Sekurang-kurangnya 40 orang dikhuatiri terbunuh dalam insiden keganasan di Venezuela baru-baru ini, termasuk 26 orang ditembak tentera pro- kerajaan, lima ketika serbuan dalam rumah dan 11 semasa mencuri, kata jurucakap hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Rupert Colville, hari ini.

Colville, lebih 850 orang ditahan antara 21 Januari dan 26 Januari lepas, termasuk 77 kanak-kanak yang berusia sehingga 12 tahun.

Tambahnya, pada 23 Januari lepas, seramai 23, 696 orang ditahan di seluruh negara dan sekali gus menjadikan ia jumlah tertinggi di Venezuela dalam tempoh 20 tahun.

Insiden berlaku selepas protes besar-besaran di Venezuela terhadap Presiden Nicolas Maduro akibat keadaan ekonomi dan krisis politik yang semakin meruncing. -Reuters

Berita Harian X